Monday, March 15, 2010

Fungsi Utama PPA

FUNGSI UTAMA PPA

· Memeriksa, menyemak dan memantau status mesin, peralatan, bangunan dan kemudahan fizikal serta memberi khidmat nasihat penyenggaraan di SMT.

· Membantu kerja-kerja penyenggaraan mengikut keperluan SMT dan kepakaran pegawai dengan kerjasama ketua bengkel, guru dan juruteknik.

· Memeriksa, menyemak dan memantau pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat diurus dengan betul dan kemaskini.

· Memeriksa, menyemak, memantau dan memberi khidmat nasihat dalam melaksanakan urusan pelupusan dan hapuskira barang awam.

· Memeriksa dan menyemak sistem dan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan di SMT diamal dan dipatuhi.

· Menjalankan kursus dan taklimat dalam aspek penyenggaraan, pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga SMT.

· Sebagai pusat maklumat dan rujukan dalam aspek penyenggaraan, pengurusan stok dan aset serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga SMT.

· Memberi kerjasama dan melaksanakan aktiviti dari bahagian-bahagian lain

di Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) yang dipersetujui oleh Bahagian

Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPPTV).

No comments:

Post a Comment